Sunday, July 17, 2011

Apa itu solat?




Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.  
  
Waktu Solat:

Solat Asar sebanyak 4 rakaat     
Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat 
    Solat Isyak sebanyak 4 rakaat   
  Solat Subuh sebanyak 2 rakaat   
  Solat Zohor sebanyak 4 rakaat   
   
    Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:  

“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.” 


 
 

No comments:

Post a Comment