Sunday, July 17, 2011

Apa itu solat?




Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.  
  
Waktu Solat:

Solat Asar sebanyak 4 rakaat     
Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat 
    Solat Isyak sebanyak 4 rakaat   
  Solat Subuh sebanyak 2 rakaat   
  Solat Zohor sebanyak 4 rakaat   
   
    Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:  

“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.” 


 
 

Thursday, July 7, 2011

ADAB TERHADAP IBU BAPA

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga. 

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya: 
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
2. Menghargai dan menghormati mereka
3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Thursday, June 30, 2011

Akhlak terhadap Guru

Guru adalah orang tua kedua, iaitu orang yang mendidik murid-muridnya untuk menjadi lebih baik sebagaimana yang diredhai Allah ‘azza wa jalla. Sebagaimana wajib hukumnya mematuhi kedua orang tua, maka wajib pula mematuhi perintah para guru selama perintah tersebut tidak bertentangan dengan syari’at agama.
Di antara akhlaq kepada guru adalah memuliakan, tidak menghina atau mencaci-maki guru, sebagaimana sabda Rasulullah saw 

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا
“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dan tidak menyayangi orang yang lebih muda.” ( HSR. Ahmad dan At-Tirmidzi )
Di antara akhlaq kepada guru adalah mendatangi tempat belajar dengan ikhlas dan penuh semangat, sebagaimana sabda 
Rasulullah saw :


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa menempuh jalan dalam rangka menuntut ilmu padanya, Allah mudahkan baginya dengannya jalan menuju syurga.” ( HR. Ahmad, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

Monday, June 20, 2011

MoRaL&EtikA PerGuRuan

Assalamualaikum...hye suma,...hari nie,br la sy  dpt update blog nie ..... 
jom kta bncg ckit psal moral & etika....topik moral & etika nie spesifik kpd mcm2 tw, iaitu moral & etika trhdp masyrkat dan negara, guru, pelajar, rakan sejawat dan jga ibu bapa. Maksud moral & etika nie saling berkait rapat  
ok... Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkahlaku yang ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan Moral. Moral merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Menurut Dorothy Emmet(1979) pula mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan seseorang Islam. 
Maksud etika menurut kamus dewan & pustaka ialah akhlak ,adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari persepktif islam pula ialah tingkahlaku betul berasaskan al-quran & ketaqwaan kepada Allah.
So, moral & etika berguna bagi seluruh umat manusia adalah kompensasi, tetapi lebih penting dijadikan sebagai insentif untuk dilakukannya penemuan-penemuan lain yang bermanfaat bagi umat manusia. Selain itu hak milik intelektual bukan hanya melindungi kepentingan moral&etika tetapi juga memagari kepentingan sesiapa sahaja dari kalangan perseroangan terhadap perilaku yang tidak etika.
   

Friday, June 10, 2011

WataK-WaTaK DuNia

AssaLamualaikum.....hai kwn2..blog pmbljran kali nie sy nk cta ckit psl watak2 dunia.... agk2 hampa tw x apa 2 watak2 dunia..Topik nie xdk la gmpak cgt,tp brmakna utk kita....lgpn entry nie ckit jeW.....
kat sini da 9 watak2 dunia, iaitu:
  • Para ulama yang menyelewengkan ilmunya dan mengampu kerajaan yang zalim.
  • Para penguasa yang menindas dan memeras ugut rakyatnya.
  • Para korporat yang mengamalkan riba dan rasuah.
  • Para pembuat fitnah terhadap saudara seagamanya sendiri.
  • Para penjudi dan peminum arak.
  • Para penzina dan pembunuh anak-anak yang dia lahirkan sendiri.
  • Para wanita yang mendedahkan aurat (aib) kepada lelaki ajnabi.
  • Ibubapa yang mengabaikan pendidikan agama anak-anak.
  • Anak-anak yang menderhaka kepada ibubapa.
  • Dan seribu serba satu maksiat lagi…
kwn2...kita sndri tau kn, yg manusia nie sllu dlm keadaan alpa...ingatlah, tnpa cegahan akn mngundang murka Allah dan bala akn dtimpakan tnpa memilih bulu....sama-samalah kita bristghfar dan brtaubat ats sgala dosa2 kita....
Sekian saja utk hri nie...so,pndngan dr anda amt dialukan... 

Monday, June 6, 2011

Tanda-taNda ILmU BerManFaaT

AssalaMualikum...n slm sejahtera...hai kwn2,thnks a lot cz sudi snggah kt blog sy nie.....ok, ptg nie sy nk kngsi ckit brknaan dgn tjuk ari nie, iaitu Tanda-taNda ILmU BerManFaaT.... agk2 korang twu x psl tnda2 ilmu bermanfaat 2???
ok meh sy nk trangkan....tp kt cni sy just nk trngkan 3 jew......tkt t pjg2 korg mls nk bc...so sy rngkaskan jew.....Tanda-taNda ILmU BerManFaaT tu dpt dktahui kpd pmilik ilmu tanda2nya ialah:....


1. Org yg brmanfaat ilmunya tdk pduli trhadap keadaan kedudukan dirinya serta hati mreka membenci pujian dr manusia, dan  tidak mengnggap dirinya suci, dan tdk sombong thdp org lain dgn ilmu yg dimilikinya.

2. Apabila ilmunya bertmbh, brtmbh pula sikap tawadhuk, rasa tkut, kehinaan,dan ketundukannya di hadapan Allah Ta’ala.

3. Pemilik ilmu ini tdk mengaku memiliki ilmu dan tdk berbangga dgnnya terhdp sorang pun. Ia tdk menisbatkan kbodohan kpd sorang pun, kecuali seseorang yg jelas menyalahi Sunnah dan Ahli Sunnah. Ia mrh kpdnya krn Allah Ta’ala semata, bkn krn pribadinya, tdk pula bermaksud meninggikan kedudukan dirinya sendiri di atas seorang pun.

Diharapkan agar perkngsian ilmiah kita kali nie mmberi mkna kpd diri kita...bak kata omputiH  "a good teacher is first a good learner than a teacher, this may help you decide up on where you are ranked"
sekian shj untk ptg nie...Wassalam.....

Friday, June 3, 2011

PENDIDIKAN MENURUT ISLAM

Islam sgt memntingkan PENDIDIKAN. Dgn PENDIDIKAN yg benar dan berkualiti, individu2 yg beradab akn terbentuk yg akhirnya memunculkan kehidupan sosial yg bermoral.
Sayangnya, sekalipun institusi2 PENDIDIKAN saat ini memiliki kualiti dan fasiliti, namun institusi2 trsebut masih belum  memproduksi individu2 yg beradab. Sbbnya, visi dan misi PENDIDIKAN yg mngarah kpd trbntuknya manusia yg beradab, terabaikan dlm tujuan institusi PENDIDIKAN. Penekanan kpd pntingnya anak didik supaya hidup dengan nilai2 kebaikan, spiritual dan moral sprti terabaikan. Bahkan keadaan sebaliknya yang terjadi.
Saat ini, byk institusi PENDIDIKAN tlh brubah menjadi industri bisnes, yg memiliki visi dan misi yang pragmatis.
Tujuan utama  PENDIDIKAN dlm Islam adlh mencari keredhaan Allah S.W.T.  Dgn PENDIDIKAN, diharapkan akn lahir individu2 yg baik, bermoral, berkualiti, sehingga bermanfaat kpd dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negaranya dan umat manusia secara keseluruhan. Disbbkan manusia merupakan fokus utama PENDIDIKAN maka sygilah institusi PENDIDIKAN memfokuskan kpd substnsi kemanusiaan, membuat sistem yg mendukung kpd terbentuknya manusia yg baik, yg menjadi tujuan utama dalam PENDIDIKAN. Amin.........